Isnin, 24 Ogos 2009

Cahaya Dan Warna?

Istilah Tenaga Cahaya Dan Warna

Aura dikenali juga getaran tenaga dari CAHAYA DAN WARNA. Pendekatan keislaman dalam konsep cahaya atau dalam bahasa sainsnya elektromagnetik semakin mendapat perhatian semua golongan. Dalam Al-Quran, banyak disebut istilah cahaya atau nur. Allah swt juga menyebutkan bahawa Dialah pemberi cahaya langit dan bumi.. Firmannya "Allah(pemberi) cahaya(kepada) langit dan bumi(surah Annur ayat 35)

Justeru itu, segala aktiviti yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan kaedah aura, warna dan cahaya ini akan lebih mendekatkan seseorang kepada Illahi...

Manfaat cahaya dan warna terbahagi pada 2 iaitu digunakan untuk tujuan rawatan kepada masalah kesihatan dan kedua menambah keserian pada wajah bagi menyerlahkan lagi penampilan diri dan persekitaran..


Ketidakseimbangan getaran gelombang

Memang tidak dinafikan konsep terapi warna dan cahaya ini mempunyai nilai terapeutik yang tinggi. Menurut ahli neurologi dan psikologi, Dr Valeri V.Hunt dari Nasa Space Program United State, terdapat dua asas sistem elektrik dalam badan fizikal manusia.
  1. Pertama, pancaran arus elektrik sistem saraf dan otak yang menghubungkan otot-otot,hormon dan fizikal.
  2. Kedua, pancaran yang dinamakan elektromagnetik daripada atom-atom yang bertukar tenaga kepada tenaga dalaman ke tenaga luaran dari alam semesta.
Penyakit yang melanda individu sama ada dari penyakit fizikal,tekanan mental dan emosi mahupun sprititual berpunca dari ketidakseimbangan getaran gelombang pada sel-sel dalam tubuh. Sel-sel pada tubuh manusia memiliki frekuensi getaran yang berbeza. Aura biasanya dibatasi kepada lingkaran tenaga yang ada disekeliling tubuh fizikal setiap individu. Setiap orang ada Aura sediri. Dan keadaan aura bergantung pada situasi mental, emosi dan spritiual yang sedang dialami individu.

Warna dan cahaya pada tubuh manusia berbeza-beza dari kepala sampai kebahagian kaki. Sebagai contoh jika seseorang itu terkena penyakit beguk(bengkak dileher), cara rawatan bagi orang-orang dulu kala akan menyapu nila ditempat yang bengkak itu. Jadi bahagian leher memiliki getaran gelombang berwarna biru. Apabila disapu bancuhan nila(berwarna biru)gelombang biru pada nila akan mengembalikan getaran yang normal pada leher yang bengkak tadi.


Inilah keindahan ciptaan Allah S.W.T yang menciptakan alam ini dengan penuh warna-warna. Pada tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok Allah ciptakan pelbagai rupa dan warna. Warna merupakan terapi semulajadi pada manusia. Segala nikmat ini pe
rlu kita pelihara sebagai satu anugerah dari ALLAH S.W.T.

SUMBER dari:MW Bil 1343 14-30 ogos 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan